Rabu, 5 Mei 2010

16 keluarga miskin terima sumbangan Kafalah










Alor Mengkudu - Skim Kafalah yang disebut didalam manifesto Pas PRU 12 yang lalu telah dilancarkan berkuatkuasa pada 1 Jan 2010.

Walaubagaimanapun perlaksanaanya sedikit terlewat disebabkan beberapa masalah teknikal.
Skim Kafalah adalah bantuan kewangan sebanyak Rm 500 yang diberikan kepada waris simati yang terdiri dari keluarga miskin.




Keluarga miskin ditakrifkan sebagai keluarga yang mempunyai pendapatan isirumah kurang dari Rm 720 sebulan atau pendapatan individu yang kurang dari Rm 180 sebulan.

Hari ini sebanyak 16 keluarga telah menerima skim itu yang disampaikan sendiri oleh Yb Dr Ismail Salleh.

Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak 2,7 juta setahun untuk membiayai skim ini yang bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan yang ditanggung keluarga terbabit akibat kematian ahli keluarga mereka.



Kesemua penerima skim kafalah ini telah melahirkan rasa syukur kerana Kerajaan Negeri mengambil berat tentang kebajikan mereka.

Tiada ulasan: