Sabtu, 15 Mei 2010

Merasmikan environment & I programme:save the nature for the future







LA 21 adalah satu agenda kerajaan tempatan(PBT) yang melibatkan agensi swasta dan orangramai kearah memberi kesedaran dan menjaga alam sekitar.

Majlis Daerah Kulim telah mengambil initiatif untuk melaksanakan agenda tempatan (LA) 21 dengan sokongan Infineon Technologies Kulim.
"Kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekita harus dipupuk sejak kecil,semasa berada dibangku sekolah lagi",kata Yb Dr Ismail dalam ucapan perasmianya.


"Dalam Al-Quran Allah berfirman,Sesungguhnya segala bencana samaada di lautan atau di daratan adalah berpunca dari perbuatan tangan-tangan manusia sendiri",tambah beliau.

Beliau mengambil contoh Tsunami yang berlaku sedikit masa lalu dan ledakan ice di Iceland baru-baru ini yang debunya merebak keseluruh Eropah adalah diantara fenomena bencana alam akibat dari kecuaian menjaga alam sekitar.

Berbagai aktiviti dibuat termasuk peraduan melukis dikalangan anak sekolah rendah yang melibatkan penyertaan dari 5 buah sekolah rendah yang berdekatan dengan Kulim dan 2 institusi anak yatim.




Yb Dr Ismail seterusnya dibawa melawat taman haiwan yang telah dibaikpulih secara gotongroyong oleh MDK dan staff Infeneon Technologies Sdn Bhd.

Turut hadir dalam program itu ialah YDP Majlis Perbandaran Kulim,Tuan Haji Harun Jasin dan Pengarah Sumber manusia Infineon Technologies Sdn Bhd,Puan Lena Tan Cheng Im.

Tiada ulasan: