Isnin, 31 Mei 2010

Apartmen mampu milik Bandar Tunku Syafinaz






Hari ini majlis pecah tanah bagi cadangan
membina dan menyiapkan Apartmen Kos Rendah di Bandar Tunku Syafinaz,Jitra diadakan.

Sebanyak 600 unit apartmen mampu milik yang terdiri dari 10 buah Apartmen 5 tingkat akan didirikan di Lembah Pelubang,Jitra.

Setiap unit apartmen akan mengandungi 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Pemaju projek ini ialah anak syarikat BDB,Darul Aman Realty Sdn Bhd yang sehingga kini telah membina sebanyak 1868 unit rumah mampu milik di Bandar Darulaman.




Upacara pecah tanah dan tandatangan plak dilakukan oleh YAB Dato' Seri Mb,Ustaz Azizan Abdul Razak.

"Polisi Kerajaan Kedah adalah untuk memastikan setiap penduduk Kedah memiliki rumah sendiri dan untuk tujuan itu Kerajaan akan memastikan pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik",tegas YAB DS MB dalam ucapan perasmianya.

Di Daerah Kubang Pasu sahaja terdapat 4283 permohonan untuk mendapatkan rumah mampu milik.

Selain dari 600 unit apartmen mampu milik ini,terdapat 2 projek perumahan mampu milik yang akan dimajukan oleh Darulaman Realty Sdn Bhd.

Projek-projek itu ialah Darulaman Perdana di Kuala Ketil sebanyak 531 unit dan 528 unit lagi di Bandar Tunku Puteri,pokok Sena.

Selain dari Darulaman Realty Sdn Bhd,Seri Temin Sdn Bhd juga sedang membina lebih dari 600 unit rumah mampu milik di Bandar Sejahtera Pokok Sena.

Komitmen yang tinggi dalam menyediakan perumahan kepada rakyat bersesuaian dengan motto Kerajaan Negeri,Kedah Sejahtera.


Tiada ulasan: