Khamis, 27 Mei 2010
Penduduk Kampung Pisang dibantu
Penderitaan penduduk Kampung Pisang sudah dimaklumi umum.Terdapat sebanyak 37 keluarga tinggal diatas tanah simpanan sungai ini.Kebanyakan dari mereka adalah ibu tunggal.
Petang tadi Yb Dr Ismail,sebagai ADUN angkat dan YDP Pas Kawasan Alor Setar turun menziarahi serta membantu mereka.
Beliau dibantu oleh Lajnah Kebajikan Pas dan Dewan Muslimat Pas Kawasan Alor Setar yang membawa bersama beberapa barangan keperluan asas.
Ini adalah ziarah kali kedua Yb Dr Ismail dalam masa terdekat ini.
Selain dari memberi sumbangan bahan-bahan asas,masalah keperluan lain juga dikenal pasti.
Terdapat dua buah keluarga yang belum mendapat bekalan air paip dan ianya telah diusahakan oleh Yb Dr Ismail melalui SADA.
Selain dari itu rumah-rumah yang bocor dan terlalu uzur akan dibaiki dalam masa yang terdekat melalui tabung STARCARE.
"Kita merasai denyut nadi dan penderitaan tuan puan sekelian.Insya Allah kita akan membantu sekadar yang mampu untuk meringankan sedikit bebanan kehidupan kamu semua",ujar Yb Dr Ismail dalam ucapan ringkas sebelum menyampaikan sumbangan.
"Kami akan datang lagi untuk memastikan kebajikan anda semua terjamin",,tambah Yb Dr Ismail.
Mereka mengucapkan terima kasih dan bersyukur diatas sumbangan yang mereka perolehi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan