Jumaat, 21 Mei 2010
Gerai PIKAT laris
PIKAT adalah singkatan Persatuan kebajikan ister-isteri Wakil Rakyat Negeri Kedah Darul Aman.
Hari ini PIKAT tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam Karnival Amal Hari Penyayang 2010 YSB.
Gerai Pikat yang menyediakan berbagai jenis juadah makanan berat dan ringan telah menerima sambutan yang amat menggalakan.Ia dibuka seawal jam 8 pagi.
Diantara menu yang disediakan ialah Nasi Ulam,Nasi Tomato,Laksa,Rojak dan berbagai jenis kueh dan makanan ringan yang lain.
Ia dikunjungi pengunjung sejak pagi lagi.
Diantara pengunjung atau tetamu VVIP ialah KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah sendiri,Datuk Seri MB dan isteri,Tengku Bendahara dan isteri,Exco-exco Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan.
Para isteri-isteri wakil rakyat tidak menang tangan melayan tetamu dan pelanggan yang datang bertali arus.
Semoga dana yang dikumpulkan itu akan bersifat win-win kepada YSB dan juga PIKAT.
Syabas diucapkan kepada semua isteri-isteri Wakil Rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan