Khamis, 6 Mei 2010

Sumbangan JKM dan Skim Kafalah Daerah Yan









Guar Chempedak - Satu majlis penyampaian sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Skim Kafalah Daerah Yan diadakan pagi tadi.

Seramai 210 orang miskin dari seluruh Daerah Yan telah menerima sumbangan samada wang,basikal atau kerusi roda.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperuntukan sebanyak Rm 24,900.00 untuk tujuan itu.




Sementara itu seramai 43 keluarga dari daerah Yan telah menerima sumbangan dari Skim Kafalah untuk bulan Januari hingga Mac.

Dari jumlah itu sebanyak 16 keluarga dari DUN Sungai Limau manakala 27 keluarga lagi dari DUN Guar Chempedak.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh YAB DS Menteri Besar Kedah.

"Dasar kebajikan terhadap rakyat yang dilaksakan oleh Kerajaan sekarang ialah memberi kepada yang berhak,tanpa mengira perbezaan fahaman politik,perbezaan bangsa maupun Ugama",tegan Yab MB dalam ucapanya.




Turut hadir dalam majlis tadi ialah Exco Kebajikan dan Pembangunan Wanita,Ustazah Siti Aishah Ghazali,Yb Dr Hamdan Mohamed Khalib,Yb Dr Ismail Salleh,Yb Ustaz Firdaus Jaafar,Pegarah JKM Negeri Kedah,Tuan Haji Zulkifli Ramli dan Tuan Pegawai Daerah Yan.

Tiada ulasan: