Sabtu, 1 Mei 2010

Piala Mb - Kuala Nerang johan zon 2









Alor Setar - Kejohanan Liga Bolasepak antara DUN Piala Mb diteruskan pada hari ini untuk zon 2.

Bertempat di padang Kompleks Hijau Kuning,sebanyak enam DUN lagi mengadu kekuatan iaitu DUN Pedu,Kuala Nerang,Bukit Lada,Bukit Pinang,Derga dan Alor Mengkudu.








Permainan bermula seawal jam 8 pagi lagi yang akhirnya menemukan dua pasukan terkuat dipentas akhir,iaitu Kuala Nerang dan Bukit Lada.

Setelah bertarung lebih dari 1 jam ,termasuk permainan dimasa tambahan yang berakhir dengan keputusan 0-0,tendangan penalti terpaksa diadakan.







Menepati ramalan awal,akhirnya pasukan DUN Kuala Nerang muncul juara dengan aggregat 3-1.

Yb Ustas Nasir Zakaria dan Yb Ustas Izat Shauki telah berada di padang sejak awal lagi untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Hadiah telah disampaikan oleh Yb Dr Ismail bin Salleh.

Tiada ulasan: