Selasa, 4 Mei 2010

Bantuan Skim Kafalah untuk keluarga Puan Rasilawati










Alor Mengkudu - Perhatikan wajah-wajah dalam gambar yang saya sertakan ini.

Ini adalah gambar keluarga Puan Rasilawati dari Kampung Alor Mengkudu yang mejadi 'public figure' sebulan yang lepas.
Wajah-wajah ini pernah kita tonton samada dalam TV 1,TV 3 atau melalui hampir semua media cetak arus perdana.

Beliau yang mempunyai suami dan 5 orang anak dijadikan bahan politik Dato Mohd Bashah,Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Beliaulah yang mengangkut seluruh jentera media untuk menunjukan keperihatinan beliau membantu Puan Rasilawati.

Semasa saya berkunjung dua hari lepas untuk menyampaikan sumbangan Kafalah dan juga sumbangan dari Yayasan Islam Kedah,soalan pertama yang saya ajukan kepada beliau ialah "Apa yang kamu mahu sebenarnya"?.
"Rumah Keda",jawabnya pantas dan ringkas.

Lalu saya memberitahu beliau bahawa Agensi Keda adalah dibawah Kerajaan Pusat yang Dato Bashah adalah pengerusinya.

Beliau akur dan saya meminta maaf kepadanya dengan apa yang telah berlaku.

"Insya Allah semoga bantuan dari Yiked dan Kafalah ini akan meringankan sedikit bebanan saya sekeluarga",katanya dengan nada yang terharu.

Tiada ulasan: