Jumaat, 28 Mei 2010

YAB Dato' Seri MB merasmikan Karnival Industri Halal









Keperluan kepada barangan halal dan persijilanya berkembang dengan begitu pesat sekali.

Perkembangan ini dapat dipercepatkan lagi apabila Kementerian Kewangan telah menubuhkan Halal Industry Development Corporation(HDC) beberapa tahun yang lalu.




Hari ini HDC dan NCIA telah mengadakan satu Karnival Industri Halal Peringkat Wilayah Utara di Tapak Karnival Stadium Sultan Abdul Halim,Jalan Suka Menanti,Alor Setar.

Karvinal Industri Halal yang akan berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah,Ustaz Azizan Abdul Razak.

Berbagai khemah dan gerai jualan telah disediakan oleh pihak penganjur.










Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Yb Dato' Mukhriz Tun Mahathir,Pengerusi HDC,Tan Sri Dato' Syed Jalaluddin Syed Salim,CEO HDC, Dato' Seri Jamil Bidin,Exco Pembangunan Usahawan Negeri Kedah,Yb Ustaz Abd Ghani Ahmad,Exco-exco Kerajaan Perlis,Kedah dan Pulau Pinang.





Tiada ulasan: