Sabtu, 1 Mei 2010

Hari kantin Sekolah Sin Min meriah








Alor Mengkudu - Hari sabtu adalah hari yang sangat sibuk bagi Yb Dr Ismail Salleh dan hari ini tidak terkecuali.

Seawal jam 8.30 pagi Yb. Dr Ismail telah berada di Sekolah Sin Min Alor Mengkudu dalam program hari kantin sekolah tersebut.

Yb Dr Ismail telah menaja makanan kegemaran di Kedah iaitu pulut durian.Sambutan adalah diluar dugaan.Semua makanan yang kami taja dihabiskan seawal jam 10 pagi.




Yb Dr Ismail sempat melihat longkang tersumbat didalam dan diluar kawasan sekolah yang telah dibersihkan secara bergotong royong minggu lepas.

Alhamdulillah,air longkang telah mengalir seperti biasa.


Pengunjung yang datang kesekolah tersebut sempena hari kantin melahirkan kegembiraan

setelah melihat longkang yang tersumbat melebihi 2 tahun telah bersih.

Pihak sekolah telah berjaya mengumpulkan satu jumlah yang banyak untuk menampung sebahagian dari pentadbiran sekolah sempena hari kantin pada tahun ini.

Tiada ulasan: