Rabu, 26 Mei 2010

DUA MISI KEMANUSIAAN DI ALOR MENGKUDU



ALOR MENGKUDU, 26 Mei: Kira-kira jam 1.00 tengahari, misi menghantar bantuan untuk dua buah rumah mangsa kebakaran bertolak dari PKWR Alor Mengkudu menuju ke Kampung Gerigis.

Kereta pertama dinaiki oleh Pengarah PKWR - Haji Zulkifli Yahaya, Wakil Peribadi ADUN Alor Mengkudu – Ustaz Mad Jazid Saad dan Timbalan Ketua DPP Kawasan Alor Setar – Mohd Azam Awang.

Kereta kedua dinaiki oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan – Sabri Omar dan Setiausaha PKWR – Fakhrurazzi Salleh.

Dalam perjalanan di Teluk Kandeh rombongan terpaksa memberhentikan kereta kerana terdapat sebuah kemalangan. Seorang ibu, bersama anaknya serta rakan anaknya terduduk di tepi jalan kerana kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Ibu tersebut (Aminah binti Abu) membonceng anaknya (Norsalwa binti Md Saad - darjah 1 dan rakan anaknya (Siti Shakirah binti Khalid - darjah 1) pulang dari sekolah. Dia membelok ke kiri dari arah Alor Mengkudu untuk ke Kampung Teluk Kandeh, malangnya dilanggar oleh sebuah motorsikal yang meluru dari arah Kandai.
Melihat kecederaan agak teruk, Haji Zulkifli telah membawa ketiga-tiga mangsa yang cedera itu ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Selepas itu rombongan bergerak ke Kampung Gerigis menghulurkan bantuan makanan kepada mangsa kebakaran di situ. Dua buah rumah terbakar tengahari kelmarin, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sementara itu pihak PKWR telah berbincang dengan Ketua Kampung Gerigis untuk menyelesaikan masalah penempatan baru serta kebajikan mereka melalui saluran tertentu.

Tiada ulasan: