Selasa, 25 Mei 2010
Dua buah rumah di Kampung Gerigis hangus dijilat api
Hari ini adalah hari yang malang buat keluarga Makcik Rohni dan Makcik Habibah.Mereka berdua tinggal berjiran di Kampung Gerigis,ditepi Sungai Pendang lebih dari 10 tahun.
Cuaca tengahari ini terlalu panas.Tanpa diduga api yang bermula dari tingkat atas rumah dua tingkat Makcik Rohni merebak dengan begitu pantas.Dalam masa setengah jam kedua-dua rumah mereka hangus dijilat api.
Makcik Rohni tinggal bersama dengan seorang anak dan tiga orang cucunya melecur disambar api dibahagian muka.
Sementara Makcik Habibah yang tinggal bersama dengan suaminya yang sudah uzur,menantu dan dua orang cucu terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Dua buah kereta bomba yang tiba satu jam kemudian hanya sempat memadamkan bara api sahaja.
Yb Dr Ismail yang sampai ketempat kejadian turut bersimpati dengan keluarga yang terlibat dan memberi kata-kata nasihat menenangkan mereka.
Dua keluarga tersebut menumpang rumah adik beradik mereka buat sementara waktu.
Yb Dr Ismail menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka dan berjanji akan menolong mereka seterusnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan