Rabu, 5 Mei 2010

Majlis dialog bersama penduduk Di Taman Saga








Alor Mengkudu - Satu majlis dialog diantara penduduk Taman Saga dan taman-taman yang berdekatan dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar,Dato KP Kedah,Ketua Polis Daerah Kota Setar,Jurutera Daerah,Pegawai Kesihatan Daerah,Ahli-ahli Majlis dan Yb Dr Ismail bin Salleh telah diadakan semalam.

Majlis Dialog yang diadakan di dewan orangramai Taman Saga itu dianjurkan oleh Ahli Majlis Bandaraya,PKWR Alor Mengkudu dan Persatyan Penduduk taman Saga.


Hampir dua ratus orang penduduk mengambil kesempatan ini untuk berdailog.

Majlis itu bermula dengan taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh Dato Bandar dan Dato Ketua Polis Negeri.

Seterusnya ian disusuli dengan dialog.

Sudah tentu sebahagian besar soalan yang diajukan banyak menyentuh perkara-perkara yang terletak dibawah bidang kuasa MBAS dan Ketua Polis Daerah Kota Setar seperti masalah pungutan sampah,rumput panjang,longkang yang tidak diselengarakan,pengubahsuaian rumah,gerai peniaga kecil,masalah kecurian dan keselamatan.


"Penduduk perlu mengambil tanggung jawab,mengubah sikap serta budaya kearah sama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan di taman-taman",ujar Yb Dr Ismail dalam ucapanya diakhir program tersebut.

Penduduk melahirkan rasa puas dan lega setelah dapat meluahkan perasaan dan berdailog dan mereka mengharapka agar program seumpama ini akan diadakan dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan: