Isnin, 31 Mei 2010

Majlis Pelancaran Program Bersih dan Indah Kubang Pasu







Pelupusan sisa pepejal telah diswastakan kepada e-idaman sedikit masa lalu.

E-Idaman bertanggungjawab terhadap pelupusan sisa pepejal,memotong rumput dan membersih longkang.

Sejak diswastakan pelupusan sisa pepejal,pemotongan rumput dan pembersihan longkang bertambah baik tetapi masih banyak ruang yang perlu dibaiki.


Justeru itu,satu majlis pelancaran Program Bersih dan Indah Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada hari ini.

Program ini diharapkan dapat diperluaskan kesetiap Daerah dan taman dalam masa yang terdekat.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan bandar dan alam sekitar menjadi tanggungjawab bersama.

Program tadi telah dirasmikan oleh YAB Dato' seri MB sendiri.


Orangramai menyumbang sebanyak 40% dari masalah pelupusan sisa pepejal pada hari ini.

"Menjaga kebersihan yang sangat dituntut oleh Islam hendaklah disemai sejak kecil lagi,kesedarah terhadapnya hendaklah dipupuk selalu supaya pada akhirnya lahirlah budaya menjaga kebersihan dalam setiap individu",ujar Dato' Seri MB dalam ucapanya.

Turut hadir sama dalam program tadi ialah beberapa orang Exco,YDP majlis-majlis Perbandaran,Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

Tiada ulasan: