Ahad, 2 Mei 2010

Pertemuan muhibah dengan Pasukan Bomba Sukarela









Alor Setar - Buat julung kalinya dalam sejarah Kerajaan Negeri telah mengadakan pertemuan dengan Pasukan Bomba Sukarela seluruh negeri Kedah.

Pertemuan di Wisma Darul Aman itu telah mengumpulkan 24 Pasukan Bomba Sukarela dari seleruh Negeri Kedah dan telah diatur oleh En Teh Kok Soo,pegawai Khas kepada YAB Mb.


Pertemuan yang dipengerusikan oleh Yb Dr Ismail sebagai pengerusi NGO itu telah membuka peluang perbincangan dua hala.

Diantara masalah utama yang dibangkitkan ialah memohon peruntukan Kerajaan Negeri,permohonan tanah untuk dijadikan tapak balai bomba dan masalah yang berhubungkait dengan PBT.

"Pertemuan ini akan merintis jalan kepada Kerajaan Negeri untuk melihat akan keperluan dan masalah sebenar Pasukan Bomba Sukarela",kata Yb Dr Ismail.

"Kita harap pertemuan seumpama ini dapat diadakan secara berkala dalam masa beberapa bulan",kata wakil dari Pasukan Bomba Sukarela Kota Sarang Semut.

Tiada ulasan: