Isnin, 17 Mei 2010

Tok Guru Nik Aziz merasmikan Internet Toyyibah







Yb Dr Ismail Salleh,Exco ICT Kedah dan Yb Abd Ghani Ahmah,Exco Penerangan Kedah telah menghadiri Majlis Pelancaran Internet Toyyibah oleh Yab MB Kelantan,Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat di Balai Islam Lundang pada 17 Mei 2010.

Internet Toyyibah adalah satu perisian browser yang dibina oleh Jaring Malaysia Sdn Bhd bertujuan untuk menghalang segala jenis injin pencarian kearah perkara-perkara yang tidak baik dan maksiat.


Perisian yang bersifat amar makruf nahi mungkir ini seterusnya akan membawa pencarian kearah perkara-perkara yang baik lagi memberi manafaat.

"ICT adalah kaedah terkini yang membolehkan manusia mendapat maklumat semasa dalam masa yang sangat pantas dari seluruh pelusuk dunia",ujar Tok Guru.

"Ia membuka ruang untuk mendapat maklumat bukan sahaja yang baik tetapi juga tidak baik.Sebab itu dengan adanya perisian ini untuk menghalang pencapaian kearah perkara yang tidak baik,kita terutamanya ibubapa tidak lagi bimbang dan boleh memantau anak-anak yang menggunakan internet",tambah Tok Guru.



GLC Kerajaan Negeri telah memberi sumbangan terhadap kerjasama antara Kerajaan Negeri Kelantan Dan Jaring Malaysia Sdn Bhd ini untuk memastikan rakyat Kelantan dapat menggunakan perisian ini secara percuma untuk tahun yang pertama.

Seterusnya Yab MB Kelantan telah melancarkan Internet Toyyibah dengan rasminya.

Tiada ulasan: