Sabtu, 15 Mei 2010

Umno dan judi sudah sinonim





Jumlah pendapatan negara hasil dari kutipan judi adalah 2,37 Billion pada 2008 dan jumlah itu meningkat kepada 4,4 Billion pada 2009.

Syarikat utama yang menyumbang kepada pendapatan itu pada 2008(RM)ialah:

Genting Malaysia Berhad 949,802,170
Sport Toto 509,739,584
Magnum Corporation 396,477,793
Pan Malaysia Pools 270,764,197
Pan Malaysia Racing 138,576,130
Daily One Corporation 18,082,749
Sandakan Turf Club 18,182,034
Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

Menurut angka yang tidak rasmi, amaun perjudian haram yang dipertaruhkan orang tempatan melalui bookie dan sindiket luar negeri mencecah RM 20 bilion setiap tahun.

Pada tahun 1987, Ascot Sports telah memperolehi lesen pertaruhan sukan yang pertama daripada kerajaan Mahathir Mohamad tetapi memulangkan balik lesen iti kepada kerajaan pada tahun 1990.

Ascot Sports telah memperolehi semula lesen pertaruhan sukan pada Jun 2003, semasa kerajaan masih diterajui Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, perkhidmatan ini ditamatkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004 dengan alasan bahawa pertaruhan sukan adalah haram.

Kini Kerajaan Najib memberi semula lesen itu,untuk 'menghalalkan' judi haram yang akan memberi pulangan kepada negara sekurang-kurangnya 6 billion dari jumlah 20 Billion itu.

Penentangan terhadap pemberian lesen ini bukan sahaja datangnya dari umat Islam tetapi juga dari mereka yang tidak berugama Islam.

Tetapi alangkah malangnya Umno bukan sahaja memberikan lesen ini tetapi bermatian-matian mempertahankan pemberian ini.

Sama-samalah kita nilai.

Tiada ulasan: