Sabtu, 15 Mei 2010
Kelab Penyokong Pas akan dinaiktaraf ke DHPP
Pagi ini Yb Dr Mujahid Yusof Rawa berada di Kedah untuk menyampaikan taklimat.Beliau adalah AJK Pas Pusat yang menjadi Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.Beliau juga adalah Ahli Parlimen Parit Buntar.
Taklimat pertama adalah kepada semua Pengerusi dan Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan serta ahli-ahli Badan Perhubungan Pas Negeri.
Taklimat kedua adalah kepada AJK KPP dari 15 Kawasan.
Taklimat sudah tentu berkisar tentang Sruktur organisasi DHPP serta persiapan untuk menaiktaraf KPP kepada Dewan Himpunan Penyokong Pas.
Kehadiran yang memberangsangkan itu menggambarkan sokongan dari masyarakat bukan Islam masih utuh walaupun berdepan dengan fitnah berterusan dari BN.
DHPP Kedah akan menghantar satu delegasi yang besar kemajlis perasmian DHPP yang akan dilakukan oleh Datuk Seri Presiden pada 23 Mei nanti.
Program itu berakhir dengan majlis dialog.
Turut hadir dalam program itu ialah Yb Firdaus Jaafar,Penyelaras DHPP Bahagian Utara dan Yb Dr Ismail Salleh,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kedah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan