Ahad, 9 Mei 2010

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DAN CHIKUNGUNYA


Sepanjang minggu ke-17, iaitu bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
2010, sejumlah 790 kes demam denggi dengan 2 kematian telah
dilaporkan di seluruh negara.

Terdapat penurunan sebanyak 95 kes
(11%) berbanding dengan 885 kes pada minggu sebelumnya. Enam (6)
negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya
iaitu N.Sembilan (14 kes), Sarawak (13 kes), Johor (12 kes), Pahang (7
kes), manakala Perak dan Kelantan masing-masing (2 kes).

Jumlah kes terkumpul yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 16,455
kes berbanding 18,401 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas,
penurunan sebanyak 11% pada tahun ini. Bilangan kematian pada tahun
ini adalah 56 kes berbanding 43 kes pada tahun lepas, iaitu peningkatan
sebanyak 30%.

Enam (6) negeri yang tiada melaporkan kes kematian
pada tahun 2009, menyumbang kepada peningkatan sebanyak 17
kematian (30%) pada tahun ini dan menjadikan jumlah negeri yang
mencatatkan kes kematian pada tahun 2010 adalah 12 negeri berbanding
6 negeri pada tahun lepas.

Dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu lepas adalah
daripada Perak dan Melaka. Kedua-dua kes kematian yang disebabkan
oleh Dengue Shock Syndrome.

Bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei 2010, sejumlah 5 kes penyakit
Chikungunya dilaporkan, berbanding 3 kes pada tempoh yang sama
minggu sebelumnya, peningkatan sebanyak 2 kes.

5 kes yang dilaporkan
adalah 3 dari Sarawak dan 1 kes masing-masing di Selangor dan Sabah.
Jumlah terkumpul kes Chikungunya ialah 541 kes berbanding 1,571 kes,
penurunan sebanyak 1,030 kes (66%) untuk tempoh yang sama pada
tahun 2009.

Tiada ulasan: