Isnin, 17 Mei 2010
Exco Kedah dan Kelantan bertemu
Satu lawatan kerja sambil bertukar-tukar pandangan dan perbincangan dengan Exco Penerangan dan ICT kelantan,Yb Dr Mohd Fadhli Dato' Hassan telah diadakan.
Yb Dr Ismail dan Yb Abd Ghani Ahmad telah mengadakan perbincangan hampir 3 jam berkenaan ICT dan Penerangan di bilik mesyuarat Exco bersama dengan Yb Dr Fadli dan beberapa orang pegawai dari Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri kelantan.
Banyak perkara dapat dikongsikan bersama,apatah lagi Kelantan yang mempunyai pengelaman hampir 20 tahun memerintah Kelantan.
Seterusnya Yb Dr Fadhli akan membalas kunjungan kami untuk datang ke Kedah dalam masa yang terdekat bagi mewujudkan satu Seketeriat Penerangan dan ICT untuk negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan