Khamis, 15 April 2010
Rumah Puan Saayah dibaiki
Alor Mengkudu,16 April :
Setahun yang lalu rumah ini dilanda ribut.Sebahagian dari atap rumah yang uzur separuh dimakan anai-anai ini diterbangkan angin.
Puan Saayah Din,ibu tunggal berusia 59 tahun yang mempunyai 8 orang anak telah berusaha beberapa kali untuk mendapatkan bantuan untuk membaiki rumah tapi rezeki masih tidak berpihak kepada beliau.
Hari ini Yb Dr Ismail dengan kerjasama MKK dan orangramai turun gelanggang bergotong royong untuk membaiki rumah tersebut.
Sebahagian peruntukan dari akaun STARCARE telah digunakan untuk tujuan ini.
Bermula seawal 9 pagi lagi mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan rumah tersebut.
Puan Saayah melahirkan rasa syukur dan berterimakasih dengan sumbangan dan pertolongan yang dihulurkan ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan