Ahad, 11 April 2010

Pemindahan kubur Kampung Tok Seron









Alor Mengkudu,11 April :

Jalan keretapi berkembar dari Ipoh ke Padang Besar sedang giat dibina oleh pemaju JV Gamuda,MMC dan KTM menelan belanja 12.485 billion dan dijangka siap pada 2013.

Laluan jalan keretapi berkembar tersebut merentasi DUN Alor Mengkudu yang melibatkan pemindahan kubur di Kampung Tok Seron.



Tanah perkuburan yang telah berusia lebih dari seratus tahun itu menempatkan lebih 200 kubur dan sebahagiannya terlibat dengan pemindahan itu.

Pagi tadi bertempat di Surau Kampung Tok seron diadakan majlis tahlil sebelum pemindahan kubur dilakukan.

Kubur-kubur itu akan dipindahkan ketanah perkuburan yang sama yang tidak terlibat dengan laluan jalan keretapi berkembar tersebut dan juga ketanah perkuburan Masjid Tandop sekiranya kawasan yang sedia ada tidak boleh menampung kubur-kubur yang dipindahkan.

Sementara itu pengambilan tanah seluas 2 ekar sedang diuruskan untuk menggantikan kawasan perkuburan yang terpaksa diambil untuk laluan keretapi berkembar tersebut.

Tiada ulasan: