Khamis, 29 April 2010

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Daerah Langkawi







Langkawi - Mesyuarat Agung Tahunan Pemadam Daerah Langkawi kali ke 26 berlangsung pada pagi tadi di perkarangan rumah Tuan DO Langkawi,Dato' Hj Dakar Din.

Seramai 100 orang ahli Pemadam Daerah Langkawi hadir untuk menunaikan tanggung jawab mereka dan ianya telah dirasmikan oleh Yb Dr Ismail Salleh.


Beliau memulakan ucapan perasmian dengan menyentuh penubuhan Pemadam dalam tahun 1976,penubuhan AADK dalam tahun 1983 dan Negara Malaysia telah mengisytiharkan bahawa dadah itu musuh no 1 Negara dalam tahun 1985.

Negara kita juga meletakan sasaran untuk mencapai bebas dadah pada tahun 2015.

Tetapi statistik tahun demi tahun bukan sahaja menunjukan angka disebaliknya tetapi telah menyimpang jauh dari sasaran.

3 faktor utama yang menyebabkan kegagalan itu ialah kegagalan didikan ibubapa terhadap anak-anak dirumah,kegagalan sistem pendidikan Negara dan faktor-faktor luaran.



"Didikan Agama dirumah merupakan asas terpenting untuk membina ketahan dan jatidiri anak-anak",tegasnya.

Beliau seterusnya menyeru supaya Pemadam diperkasakan untuk menunaikan amanah sebagai NGO yang bertanggungjawab untuk mencegah anak-anak dan golongan belia dari terlibat dengan najis dadah.

Tiada ulasan: