Khamis, 15 April 2010

Rakanku katak





Alor Setar,15 April :

Setahun yang lalu rakan sekerja dan sahabatku menjadi katak.Hari ini seorang lagi sahabatku menjadi katak.

Mereka berdua adalah sahabat baik ku.Mereka berdua selalu berbual samada melalui talipon atau bersemuka denganku.

Kedua-dua mereka kini adalah mantan Exco Kedah.

Depa berdua banyak persamaan samada dari bentuk fizikal badan maupun perangai dan gaya berfikir.

Dari segi umurpun mereka tak banyak beza,begitu juga tinggi maupun berat badan.Kedua-dua mereka adalah perokok tegar.

Kedua-dua mereka adalah juga kaki claim.Kadang-kadang claim bulanan depa ni lebih dari gaji.

Mereka berdua juga sama dari segi mencari habuan dunia.

Tidak payah untuk mencari sebab mengapa mereka berdua melompat.Tidak ada kena mengena dengan dipermainkan rakan seperjuangan atau dipinggirkan jawatan didalam parti.

Mereka berdua mengadai maruah perjuangan untuk habuan dunia.

Mereka sudah lupa kemenangan mereka berdua adalah kerana dasar yang depa pegang pada masa itu.Kalau rakyat di DUN masing-masing tidak memberi kemenangan kepada mereka pada Mac 2008,sudah tentu depa dua ni tak dak sape yang kenai.

Tapi mereka berdua memilih jalan menjual prinsip dan maruah perjuangan untuk mendapat sedikit ganjaran dunia yang sudah tentu tidak akan kekal.




Hari ini mereka berdua dibenci dan dikutuk oleh semua pengundi yang memangkah depa tempoh hari.

Kita harap depa dua ni sedar itu.Kita harap depa dua ni segera letak jawatan untuk memberi peluang kepada pengundi memilih wakil rakyat yang baru kerana depa berdua ni rakyat tak mau dah.

Rakyat benci depa berdua ni.

Dan tidak susah untuk meramal kearah mana halatuju depa berdua ni.Lihatlah gambar di atas,itulah halatuju karier politik depa .

Tiada ulasan: