Jumaat, 9 April 2010

Lapuran Polis Terhadap Dato' Bashah






Alor setar,10 April :

Dalam perhimpunan pagi pada Khamis lepas,Yab Ds MB menjelaskan dengan panjang lebar "Separation of Powers" dalam Sistem Pemerintahan Demokrasi Malaysia yang terdiri dari 3 cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif),Perundangan(Legislatif) dan Kehakiman.

Kita ada satu lagi sistem iaitu Sistem Raja Berpelembagaan.

Keempat-empat cabang ini mempunyai bidang kuasa yang berbeza yang mesti ditaati dan dihormati antara satu sama lain.

Samaada diperingakat Negara atau Negeri, Ugama Islam diletak dibawah bidang kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong atau DYMM Tuaku Sultan atau TYT dinegeri-negeri rang tiada Sultan.

Mempertikaikan bidang tugas serta fungsi-fungsinya membawa maksud mempertikaikan DYMM Tuanku Sultan atau dengan bahasa yang lebih senang derhaka kepada Raja.









Dalam laporan akhbar Sinar Harian, dalam muka surat U5, bertarikh 06 April 2010, Dato' Paduka Ahmad Bashah dengan jelas meminta para imam agar tidak mengisi borang M4 yang telah diedarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah bagi tujuan mengemaskinikan data institusi imam di negeri ini.


Pengedaran borang M4 adalah mengikut arahan yang termaktub dalam Seksyen 63, Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah yang telah mendapat limpah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam bagi Negeri Kedah.


Oleh yang demikian, amat jelas bahawa, Dato' Ahmad Bashah dengan sengaja cuba menghasut para imam yang menerima borang M4 untuk mengingkari titah perkenan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan kerana beliau mengarahkan agar para imam tidak mengisi borang tersebut.


Secara tidak langsung, Dato' Ahmad Bashah juga telah campur tangan dalam urusan pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri kedah yang dinaungi oleh KeBawah Duli Yang maha Mulia Tuanku Sultan.


Sebagai seorang ADUN dan Mantan EXCO untuk beberapa penggal beliau tentu arif bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan yang menaungi MAIK.

Oleh kerana beliau terlalu ingin untuk mengeluarkan diri beliau dari persepsi masyarakat yang menggangap beliau "tidak berapa cerdik" maka beliau mempolitikan banyak isu.


Hari ini satu lapuran polis telah dibuat terhadap beliau.


Syabas Dato' Bashah,teruskan langkah anda.

Tiada ulasan: