Jumaat, 16 April 2010

Umno BN membiarkan kedaifan Kampung Pisang








Alor setar,16 april :

Malaysia telah merdeka lebih dari 50 tahun.Sejak dari itu telah banyak berlaku perubahan samada dari segi pembangunan fizikal,sosial maupun ekonomi.

Perubahan akibat pembangunan fizikal ini dapat dilihat dengan ketara terutamanya dikawasan bandar termasuk Alor Setar yang telah di isytihar sebagai bandaraya pada 21 December 2003 walaupun banyak ciri-ciri sebagai bandaraya tidak dipenuhi.

Jalan Stadium terletak ditengah-tengah Bandaraya Alor Setar.Disepanjang jalan ini terdapat bangunan-bangunan pejabat,kadai dan deretan rumah yang harganya mencecah jutaan ringgit.

Ada dua buah kampung dibelakang deretan bungalow ini iatu Kampung Pisang dan Kampung Kalumpang.

Dikampung Pisang terdapat 50 buah rumah yang didirikan diatas tanah reserve Sungai Kedah.Keadaan rumah setinggan yang daif ini mengingatkan kita seolah-olah Kampung Pisang ini berada di Daerah Baling atau Sik 50 tahun yang lalu.


Kampung Pisang terletak dalam DUN Bakar Bata.Wakil rakyatnya ialah Datuk Paduka Ahmad Bashah yang juga memegang jawatan Pengerusi Keda,Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah dan Ketua Bahagian Umno Alor Setar.

Beliau telah menjadi wakil rakyat untuk beberapa penggal dan menjadi Exco Perumahan dan PBT semasa BN memerintah Kedah.

Keseluruhan penghuni 50 buah rumah setinggan di Kampung Pisang ini layak mengisi borang e-sinar,layak menerima zakat dan skim kafalah dan sebahagian dari mereka adalah penerima sumbangan tetap dari JKM.

Datuk Ahmad Bashah dan BN telah membiarkan mereka hidup dalam kedaifan ini.Ini adalah kesan dari pemerintahan Umno BN selama 50 tahun.


Kini Datuk Ahmad Bashah nampaknya sudah mula prihatin akan rakyat.Tetapi cara beliau bekerja persis Karam Singh Walia dalam Aduan Rakyat.

Beliau akan menerpa kemana sahaja aduan dibuat terutamanya di DUN yang dimiliki oleh PR untuk tujuan politik beliau.

Beliau akan mengangkut segala bentuk media untuk menghebahkan kepada rakyat keprihatinan beliau dan pada masa yang sama untuk memperlihatkan kelemahan ADUN dari PR.

Beliau telah lupa bahawa beliau juga ada DUN yang perlu diambil berat yang telah empat penggal tidak diberi perkhidmatan yang sepatutnya.

Perbuatan beliau ini tidak ubah seperti kata pepatah kera di hutan disusukan,anak sendiri mati kelaparan.

Tiada ulasan: