Jumaat, 2 April 2010
Penantian 12 tahun berakhir
Alor Setar,2 April:
Penantian selama 12 tahun penduduk Kg Kerian Pulau untuk menbaiki sebuah jambatan usang berakhir hari ini apabila ianya dibaiki secara gotong royong oleh penduduk kampung.
Jambatan yang merentasi Sungai Pengkalan Kundor di Kampung Kerian Pulau berhampiran dengan jalan masuk lebuhraya Alor Setar Selatan mengalami kerosakan lantainya sejak 12 tahun yang lalu.
Setelah permohonan demi permohonan untuk membaiki jambatan tersebut tidak berhasil akhirnya penduduk kampung dengan initiatif MKK telah mengambik keputusan untuk membaikinya secara gotong royong.
Yb Dr Ismail telah menggunakan dana dari STARCARE untuk membeli kayu,paku dan skrew untuk tujuan itu.
Penduduk Kampung Kerian Pulau menarik nafas lega selepas hampir 3 jam bertungkus lumus untuk menyiapkan jambatan tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan