Jumaat, 23 April 2010

Yb Dr Ismail memberi kuliah perubatan









Alor Setar - Satu Pengajian Perubatan ajaib Attibun Nabawi telah diadakan di Jalan stadium pagi tadi oleh Ust Fadzil Hj Ahmad.

Yb Dr Ismail telah menberi pengisian dalam slot pertama pengajian itu.

Diantara beberapa buah hadis yang beliau petik ialah:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah dari orang mukmin yang lemah",Hadis riwayat Muslim.

"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan",Hadis riwayat Ibnu Majah.



"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu",Hadis riwayat Bukhari.

Yb Dr Ismail telah menyentuh tentang beberapa perkara asas tentang penyakit kronik tidak berjangkit seperti Kencing manis,Darah Tinggi,Kardiovaskular yang menyumbang 72% dari kematian dalam masa 10 tahun yang akan datang.

Peratusan itu meningkat sebanyak 17% dengan penyakit kardiovaskular berada ditempat pertama sebagai penyebab kematian.



Yb Dr Ismail seterusnya menyentuh tentang pemakanan,gaya hidup mewah,kurang riadah dan obesiti yang banyak mempengaruhi penyakit diatas.

Kita harus kembali mengamalkan beberapa etika yang diajar dalam Islam seperti makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang,kunyah sebanyak 40 kali ketika makan,makan banyak serat dan mengamalkan riadah.

Ungkapan "perut tempat berkumpulnya segala penyakit" harus dihayati semula.

.

Tiada ulasan: