Khamis, 22 April 2010

Perasmian Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2010


23 April adalah hari Buku dan Hakcipta Sedunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO yang disambut serentak diseluruh dunia.

Malaysia juga tidak berkecuali turut mengadakan sambutan yang sama.

Di Kedah majlis sambutan hari Buku dan Hakcipta Sedunia telah diadakan di Perpustakaan Awam Kedah dan telah dirasmikan oleh Yb Dr Ismail Salleh.


Diantara beberapa objektif sambutan ini diadakan ialah untuk :

1.Meningkatkan kesedaran membaca dikalangan murid-murid sekolah.

2.Memupuk tabiat membaca sepanjang hayat

3.Untuk menjadikan tabiat membaca sebagai budaya hidup rakyat Malaysia

4.Menyedarkan masyarakat akan kepentingan ilmu

“Ilmulah yang akan membezakan taraf dan tahap kehidupan manusia samada didunia maupun akhirat”

“Malah perkataan yang pertama yang diajar kepada Junjungan kita Nabi Muhamad Saw ialah Iqrak,iaitu baca”,jelas Yb Dr Ismail dimajlis perasmian tersebut.

Program itu turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli aktif dan peminjam terbanyak dari kategori Dewasa dan Kanak-kanak.

Satu ceramah galakan membaca dan hakcipta telah disampaikan olen Encik Shamsul Bahar bin Abdul Rani,Naib Pengerusi GPMS Kedah.

Turut hadir ialah Dr. Zahidi bin Dato’ Zainol Rashid,Pengarah Perpustakaan Awam Kedah,Dato’ Dr. Wan Shamsuddin Wan Yusof,Pengerusi Persatuan Sejarah Negeri Kedah,Dato’ Hj Harun Hashim,presiden Persatuan Pesara Malaysia cawangan Kedah dan Yb Senator Ir Zamri Yusof,Ahli Dewan Negara.

Tiada ulasan: