Khamis, 29 April 2010

Melawat mangsa ribut d Kampung Padang Luar








Alor Mengkudu - Hujan lebat dan ribut semalam telah mengakibatkan beberapa kerosakan di Kampung Padang Luar,Alor Mengkudu.

Diantara rumah yang mengalami kerosakan teruk ialah rumah En Abd Razak bin Wahab.

Beliau yang tinggal dirumah tersebut dengan isteri dan enam orang anak tidak menyangka ribut semalam telah menerbangkan sebahagian besar bumbung rumah beliau.


"Ia berlaku terlalu pantas",katanya.



Yb Dr Ismail telah memberi sedikit sumbangan bagi meringan sedikit bebanan yang ditanggung oleh En Abd Razak bagi membaiki semula bumbung rumah beliau.






Turut bersama Yb Dr Ismail ialah Ustaz Yazid Saad dan MKK Kampung Padang Luar,Pan Ndak Hamid.

Tiada ulasan: