Selasa, 13 April 2010

Hulu Selangor tetap milik Pakatan Rakyat








Kuala Lumpur,13 April :

Hari ini saya ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat Exco.Setelah 1 jam penerbangan akhirnya saya mendarat di KLIA dalam keadaan hujan lebat.Saya terus mengambil KLIA Ekspres ke KL central dan dari situ menaiki taxi ke hotel.

Saya membuka mulut memulakan perbualan dengan pemandu taxi tersebut.Sebagai orang politik sudah tentu perbualan berkisar tentang PRK Hulu Selangor,topik yang paling hangat dewasa ini.

“PR boleh menang” katanya ringkas.

Saya mula menduga kekuatan hujah beliau mengapa beliau berkata begitu dan ini adalah diantara hujahnya;

1.Suasana politik sekarang berbeza dengan PRU ke 12.

Ketika itu terdapat satu gelombang perubahan dikalangna orang Cina dan India untuk tidak lagi memberi undi kepada BN.Tetapi mereka masih tidak pasti dengan keupayaan PR,Mereka hanya mencuba mengundi PR.

Kepercayaan yang mereka berikan kepada PR ternyata tidak mengecewakan.Prestasi dua tahun pemerintahan PR amat memuaskan walaupun berdepan dengan tekanan dan layanan yang tidak adil dari Kerajaan Pusat.

Kalau pada PRU ke 12 mereka hanya mencuba tapi kali ini mereka sudah yakin.Begitu juga dengan golongan atas pagar yang kali ini akan memilih PR diatas alasan yang sama.

2.Calon MIC BN

Sebelum PRU ke 12 orang Melayu yang mewakili 53.9% pengundi Hulu Selangor memilih BN walaupun mereka mewakili MIC atau MCA.Tetapi selepas PRU 12 orang Melayu menolak calon MIC dan MCA setelah orang India dan Cina sendiri menolak MIC dan MCA.Apatah lagi MIC dan MCA berpecah hebat selepas Ogos 2008.

Majoriti dari sejumlah 26.7% pengundi Cina Hulu Selangor akan menolak calon MIC dan hanya 50% dari pengundi India yang berjumlah 19% akan memilih calon MIC.




3.Kekuatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon

Datuk Zaid Ibrahim,mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempunyai kekuatannya yang tersendiri.Beliau dilihat bukan sahaja boleh mewakili bangsa Melayu tapi juga disukai bangsa Cina dan India.

4.Keupayaan PR memerintah Selangor

Pemberian air percuma untuk golongan miskin,bantuan kewangan RM 1000 untuk anak-anak yang berjaya memasuki IPTA,pemberian skim kifalah kematian,pembahagian petak-petak atau ruang perniagaan secara adil menjadi buah mulut orang ramai.
Disamping itu fitnah BN tidak mengena sasaran malah dapat dijawab dan dibuktikan dengan baik.

Isu rasuah lembu korban tidak mengena,isu rasuah beberapa orang ahli Exco dan Wakil Rakyat tersasar malah isu-isu dalaman PR sendiripun tidak membawa apa-apa bekas.

5.Rakyat melihat janji-janji yang ditabur BN sebagai retorik.

Rakyat Hulu Selangor melihat janji yang ditaburkan dan projek demi projek yang diumumkan oleh menteri dan pimpinan UMNO/MIC/MCA yang turun padang silih berganti sebagai retorik semata-mata.

“Apa yang mereka telah buat setelah memerintah lebih 50 tahun”,kata mereka.Kata-kata hikmat ini telah menjadi siulan di Hulu Selangor.

Diakhir perbualan,”Hulu Selangor tetap akan menjadi milik PR”,kata pemandu tersebut dengan penuh keyakinan.

Tiada ulasan: