Khamis, 15 April 2010

Dialog dengan DPPP Padang Serai









Lunas, 15 April :

Satu majlis penerangan dan dialog dengan masyarakat Tionghua dan India setempat telah diadakan bertempat di YH Corner,Taman Makmur,Lunas.

Penerangan telah disampaikan oleh Yb Dr Ismail Salleh dan Yb Abd Ghani Ahmad yang hadir dalam majlis itu berkisar dari Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DPPP) sampailah kepada pencapaian Kerajaan Negeri Kedah terutamanya program atau sumbangan Kerajaan Negeri kepada kedua-dua bangsa ini.


Selepas sessi penerangan dari dua orang Exco terbabit majlis disambung dengan dialog.

Seperti yang diduga majoriti dari mereka melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan Adun Lunas yang langsung tidak turun padang sebelum apatah lagi selepas menjadi katak.

Masaalah berkenaan dengan PBT seperti sampah,lampu jalan,jalan yang tidak diturap,kebocoran paip serta keselamatan di kawasan kilang dibangkitkan.

Selain dari itu mereka juga meminta Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada sekolah dan isu pendidikan orang-orang India dan Tionghua.

Program ini adalah anjuran LPN Pas Kawasan Padang Serai.

Turut hadir ialah YDP Pas Kawasan Padang Serai,Hj Fauzi Tahir,SU Pas Kawasan,Hj Nabil Putih,MKK DUN Lunas,pimpinan PKR dan DAP Tempatan.

Program berakhir setelah pasukan polis tidak membenarkan kami berucap diatas alasan tiada permit walaupun diadakan dipremis petsendirian.

1 ulasan:

sedaka berkata...

Mana Tajuk YB