Sabtu, 24 April 2010

Keluar Umno - Datuk Bashah terkangkang lagi






Alor Mengkudu - Hari ini iaitu sehari sebelum PRK Hulu Selangor akan menjadi hari yang membawa igauan buruk kepada Datuk Bashah.

Ketika beliau sibuk berkempen untuk memberi kemenangan kepada 'Kamal' di Hulu Selangor,En Zainal Abd Rahman menyerahkan borang untuk menyertai perjuangan Pas di Alor Mengkudu.


Sebulan lepas Pak Pin, bekas Pengerusi JKKK Taman Wira Mergong selama empat penggal bersama 65 orang pengikutnya menyerahkan borang keahlian Pas.Taman Wira Mergong,adalah kubu kuat Datuk Bashah.

Hari ini En.Zainal bin Abd Rahman dari Alor Keriang,Alor Mengkudu bersama 55 orang pengikutnya juga mengikut langkah yang sama.

Beliau adalah Timbalan Ketua Umno cawangan Alor Keriang dan mantan AJK Pemuda Umno Bahagian Pokok Sena.

Penyerahan borang keahlian Pas dilakukan semasa ceramah penerangan Pas yang dianjurkan oleh PKWR Alor Mengkudu kepada Ketua Penerangan Pas Pusat,Ustaz Idris Ahmad.

Turut menyampaikan ceramah ialan YDP Pas Kawasan Alor Setar,Yb Dr Ismail Salleh.

Tiada ulasan: