Isnin, 5 April 2010

Inikah cara Yb Datuk Ahmad Bashah berpolitik?.







Alor Setar,5 April :

Keputusan Pilihanraya ke 12 telah mengubah banyak hal-ehwal politik terutamanya di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Di Kedah contohnya Umno telah beberapa kali mula merangkak untuk belajar bagaimana nak berdemonstrasi,sesuatu yang asing sepanjang lebih 50 tahun umno berkuasa.

Isu tunggakan sewa Perumahan Awam Mergong dan masalah bekalan air paip dibeberapa kawasan telah dijadikan agenda politik umno untuk mendidik pemuda umno belajar berdemo.

Tahniah kita ucapkan diatas 'keperihatinan' Umno yang sangat sensitif dengan kedua-dua isu ini untuk membela rakyat.Tahniah kerana umno dah mula belajar berdemo kononnya untuk membela rakyat.Satu percubaan yang baik.

Tetapi sayang kerana pada akhirnya kedua-dua isu itu bukan sahaja tidak 'mengena' tetapi telah membuka jalan kepada rakyat untuk melihat kelemahan pemerintahan Umno sebelum ini.

Perkara kedua yang saya nak ucap tahniah ialah Umno dah mula berubah sikap untuk menjadi juara rakyat sehingga terpaksa membuang sikap elitisma.

Foto diatas menceritakan segala-galanya.

Yb Datuk Paduka Ahmad Bashah kini tidak lagi bersifat bangsawan dan elit seperti dulu.Beliau bersama-sama rakyat memberi bantuan.

Tetapi kerana ANGKARA beliau jugalah Puan Rasilawati terpaksa berpindah.Kerana terlalu berhajat untuk membina imej politik beliau yang semakin pudar dimamah usia,beliau sanggup menjadikan Puan Rasilawati sebagai mangsa kerakusan politik beliau.

Sebagai Pengerusi Keda luluskan saja permohonan Puan Rasilawati,kerana yang beliau mahu ialah rumah Keda.Dan kalau nak sangat tunjuk 'keperihatianan',panggilah media setelah Puan Rasilawati mendapat kunci rumah Keda nanti.

Saya nasihatkan Yb Datuk Paduka cukuplah dari terlalu bermain politik dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa.

Rakyat cukup tersiksa apabila Datuk 'menahan' kontraktor yang ingin membina rumah Keda setelah diluluskan oleh pengurusan Keda sendiri.Tak kan Datuk Paduka lupa dengan kes di Alor Semela dan Teluk Yan?.

Apakah ini budaya 1Malaysia yang ada dalam diri Datuk?.

Tiada ulasan: