Khamis, 29 April 2010

Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Anggota Polis Di Johor Membimbangkan

JOHOR BARU: Penyalahgunaan dadah di kalangan anggota polis di Johor semakin membimbangkan apabila 15 kes direkodkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 31 kes sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, gejala itu memerlukan pemantauan segera berikutan kes terbaru membabitkan penahanan empat anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, Isnin lepas.


"Penyalahgunaan dadah di kalangan warga polis menampakkan satu trend yang agak merisaukan sejak kebelakangan ini," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan polis kontinjen Johor dan upacara pemakaian lencana pangkat Asisten Supritendan Polis (ASP) di sini hari ini.

Jalaluddin berkata kesemua 31 kes yang direkodkan tahun lepas adalah berkaitan pengambilan dadah jenis sintetik khususnya methamphetamine (syabu) dan ketamine.

Tiada ulasan: