Selasa, 20 April 2010

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DAN CHIKUNGUNYA DI MALAYSIA



Bagi tempoh antara 4 hingga 10 April 2010, sejumlah 886 kes
demam denggi telah dilaporkan di seluruh negara, meningkat sebanyak
63 kes (8%) berbanding dengan 823 kes pada minggu sebelumnya.

10 negeri menunjukkan peningkatan kes iaitu Selangor (35 kes), WP Kuala
Lumpur/Putrajaya dan Kedah masing-masing (12 kes), Perak (9 kes),
Pahang (5 kes), Perlis (4 kes), Terengganu (2 kes), manakala
N.Sembilan, Melaka dan Sabah masing-masing (1 kes).


Jumlah terkumpul kes yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 13,866
kes dengan 47 kematian berbanding 15,825 kes dengan 39 kematian
bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Walaupun kes menurun sebanyak
12%, tetapi bilangan kematian pada tahun ini meningkat sebanyak 21%.

Dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu lepas adalah dari
Perak dan Kedah, disebabkan oleh Demam Denggi Berdarah dan
komplikasi Dengue Shock Syndrome.

Kedua-dua kes kematian terjadi
samada di kawasan wabak atau di kawasan yang berisiko untuk jangkitan
denggi kerana mempunyai kadar pembiakan Aedes yang tinggi iaitu
2.1%.

Bagi tempoh 4 hingga 10 April 2010, sejumlah 17 kes penyakit
Chikungunya dilaporkan, berbanding 8 kes pada tempoh yang sama
minggu sebelumnya, peningkatan sebanyak 9 kes.

17 kes yang
dilaporkan adalah 15 dari Sarawak dan 2 kes di Selangor.

Jumlah
terkumpul kes Chikungunya ialah 525 kes berbanding 1,219 kes,
penurunan sebanyak 694 kes (57%) untuk tempoh yang sama pada
tahun 2009


Tiada ulasan: