Jumaat, 16 April 2010

Karam Singh Walia Kedah








Diantara program TV 3 yang mendapat rating yang tinggi ialah Aduan Rakyat yang dihoskan oleh Karam Singh Walia.

Aduan yang dibuat oleh orang ramai akan dikorek dan dicungkil sedetail mungkin untuk dibuat berita yang lebih sensasi.

Cuma olahan yang dibuat selepas itu yang menjadikan berita itu benar atau disebaliknya.

Kedah sangat bertuah kerana ada wakil rakyat yang bekerja persis Karam Singh Walia.

Walaupun telah menjadi Wakil Rakyat selama beberapa penggal tetapi cara beliau bekerja seolah-olah beliau baharu sehari mengenali dunia politik.

Beliau adalah ADUN Bakar Bata Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau akan menerpa kemana sahaja aduan dibuat terutamanya di DUN yang dimiliki oleh PR untuk tujuan politik beliau.

Beliau akan mengangkut segala bentuk media untuk menghebahkan kepada rakyat keprihatinan beliau dan pada masa yang sama untuk memperlihatkan kelemahan ADUN dari PR.

Beliau telah lupa bahawa beliau juga ada DUN yang perlu diambil berat yang telah empat penggal tidak diberi perkhidmatan yang sepatutnya.

Perbuatan beliau ini tidak ubah seperti kata pepatah kera di hutan disusukan,anak sendiri mati kelaparan.

Tiada ulasan: