Khamis, 8 April 2010

Amanat YAB DS Mb di perhimpulan bulan April









Alor setar 8 April :

Perhimpunan pagi bersama dengan staff Wisma Darul Aman diadakan pada setiap bulan yang menjadi pentas untuk Ds Mb menyampaikan nasihat,motivasi dan amanat beliau untuk bulan tersebut.

Pagi tadi beliau menyentuh 2 perkara utama:

1.Pengorbanan ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Beliau memetik ayat Al Quran yang mafhumnya "Sesungguhnya isteri dan anak-anak itu menjadi cubaan kepada kamu".

Kejayaan anak-anak hari ini adalah hasil dari pengorbanan ibubapa.

"Tidak ada ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka gagal dalam pelajaran dan seterusnya tercicir dalam persaingan pekerjaan sehingga membawa kegagalan dalam kehidupan",tegas beliau.

"Ada ibubapa pada hari ini yang tidak cemerlang dalam pelajaran mereka tetapi hasil dari pengorbanan merekalah yang melahirkan kejayaan cemerlang anak-anak",tambah beliau lagi.

Pada akhir himpunan itu,telah diadakan penyampaian sijil kepada anak-anak kakitangan Wisma Darul Aman yang cemerlang dalam UPSR,PMR,SPM dan STPM 2009.







2.Pemisahan kuasa

Dalam sesebuah negara yang mengamalkan Sistem Federalisma ada 3 peringkat kerajaan yang memerintah iaitu Kerajaan Pusat,kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Ketiga-tiga kerajaan ini mempunyai peranan dan tugas-tugas masing-masing yang setiap satunya mesti menghormati bidang tugas yaang berbeza ini.







Disamping itu kita ada pembahagian bidang kuasa Kehakiman,Perundangan dan Pentadbiran.

Sekali lagi ketiga-tiga bidang kuasa ini mempunyai peranan masing-masing yang berbeza yang harus dihormati tanpa campurtangan antara satu sama lain.

Sebagai contoh kuasa perundangan(politik) tidak boleh mempengaruhi bidang kuasa kehakiman manakala kuasa pentadbiran adalah melaksanakan dasar dan polisi yang diluluskan oleh perundangan.

Tiada ulasan: