Khamis, 29 April 2010

Masalah Balai Bomba Sukarela Jalan Kundor ditangani.








Alor Mengkudu - Pasukan Bomba Sukarela dari Bangsa Tionghua telah terkenal sejak sekian lama.

Dalam kebanyakan kebakaran yang kecil maupun kebakaran besar merekalah yang sampai terlebih dahulu.

Satu pasukan bomba sukarela di Jalan Kundor,Kuala Alor telah ditubuhkan pada awal tahun ini.





Pagi ini Yb Dr Ismail,En Daniel(Ahli Majlis Bandaraya) dan PA YB Dr Ismail,En William Khor telah melawat dan meninjau balai bomba sukarela tersebut.




Jalan yang berlopak dihadapan balai bomba sukarela dan tapak untuk parkir kereta bomba adalah dua masalah yang dikenal pasti untuk diselesaikan dalam masa yang terdekat.



Yb Dr Ismail akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut yang akan melibatkan MBAS,E-idaman dan juga Pejabat Tanah Daerah Kota Setar.

Tiada ulasan: