Rabu, 21 April 2010
Yb Dr Ismail meninjau Sek. Men. Sin Min
Alor Mengkudu,21 April :
Hari ini hari rabu, seperti biasa Yb Dr Ismail ada mensyuarat Exco.Banyak perkara telah dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat mingguan itu.
Habis mesyuarat Exco Yb Dr Ismail bergegas ke Sekolah Menengah Persendirian Sin Min,Alor Mengkudu untuk meninjau masalah longkang tersumbat.
Sekolah Persendirian yang dibuka lebih 30 tahun yang lalu itu mempunyai lebih 500 orang pelajar dan seramai 100 pelajar tinggal diasrama.
Masalah longkang tersumbat ini telah bermula sejak 4 tahun yang lalu tetapi semakin teruk diawal tahun ini.
Dalam tinjauan longkang yang mengalirkan air dari sekolah itu ke sungai yang berdekatan didapati tersumbat sepenuhnya.
Air kotor yang bertakung menyebabkan bau yang busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Tinjauan tadi turut disertai oleh Pengerusi Sekolah Sin Min,En Tan Weng Fatt,Ahli Majlis Bandaraya,En Teh Kok Soo,Pegawai E-Idaman,Tengku Ubaidah,beberapa ahli MKK dan guru-guru dari sekolah berkenaan.
Satu keputusan telah diambil,iaitu satu gotong royong akan diadakan pada hari Ahad ini untuk membersih kawasan sekitar sekolah dan longkang tersumbat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan