Jumaat, 23 April 2010

Satu lagi kematian Influenza A H1N1





PUTRAJAYA - Satu kes kematian disebabkan jangkitan Influenza A H1N1 dicatatkan semalam.

Kes kematian itu melibatkan lelaki berumur 53 tahun yang mempunyai pelbagai faktor risiko seperti diabetes mellitus yang tidak terkawal, hipertensi, kegagalan ginjal dan angin ahmar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, mangsa meninggal dunia 19 April lepas di Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu disebabkan “Severe Bronchopneumonia, H1N1 positive with Acute Respiratory Distress Syndrome”. - Bernama

Tiada ulasan: