Khamis, 29 April 2010

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DAN CHIKUNGUNYA DI MALAYSIA








Sepanjang minggu ke-16, iaitu bagi tempoh antara 18 hingga 24
April 2010, sejumlah 885 kes demam denggi dengan 2 kematian telah
dilaporkan di seluruh negara. Terdapat penurunan sebanyak 29 kes (3%)
berbanding dengan 914 kes pada minggu sebelumnya.

Jumlah kes terkumpul yang dilaporkan bagi tahun ini adalah 15,665
kes dengan 54 kematian berbanding 17,531 kes dengan 41 kematian
bagi tempoh yang sama tahun lepas. Walaupun berlaku penurunan kes
sebanyak 11%, tetapi bilangan kematian pada tahun ini menunjukan
peningkatan sebanyak 32%.

Dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu lepas adalah dari
Negeri Sembilan. Kedua-dua kes kematian ini melibatkan pelajar sekolah
berumur 10 dan 16 tahun, dimana sebab kematian adalah oleh
komplikasi Demam Denggi iaitu Dengue Shock Syndrome.

Bagi tempoh 18 hingga 24 April 2010, sejumlah 3 kes penyakit
Chikungunya dilaporkan, berbanding 8 kes pada tempoh yang sama
minggu sebelumnya, penurunan sebanyak 5 kes. 3 kes yang dilaporkan
adalah 2 dari Sarawak dan 1 kes di P.Pinang. Jumlah terkumpul kes
Chikungunya ialah 536 kes berbanding 1,456 kes, penurunan sebanyak
920 kes (63%) untuk tempoh yang sama pada tahun 2009.



Tiada ulasan: