Rabu, 7 April 2010

Dr Ismail menyelesaikan masalah Datuk Paduka Ahmad Bashah









Alor Setar,7 April :

Kawasan Perindustrian Ringan Mergong adalah sinonim dengan Datuk Ahmad Bashah.

Kawasn Perindustrian itu menempatkan deretan rumah kedai dan perumahan yang masih dibina telah dirancang dan dibangun semasa beliau menjadi Exco Perumahan dan PBT.Dipintu masuk kekawasan perindustrian itulah terletaknya Tesco.



Kawasan yang dibangunkan itu pada asalnya adalah kawasan bendang dan beberapa perkampungan melayu.

Proses pengambilan tanah pada masa itu telah mendapat tentangan hebat dari orang kampung disitu,tapi siapalah mereka untuk melawan Kerajaan Negeri.

Tadi beberapa orang penduduk dari Kampung Mempelam berbisik kepada saya bahawa Datuk Bashah adalah pemain utama yang memujuk rakyat semasa pengambilan tanah mereka.

Ditepi Tesco terletak satu kawasan perkuburan orang Islam sejak lebih dari 100 tahun yang lalu.

Kesan dari pembangunan kawasan sekitar perkuburan tersebut terutamanya Tesco telah menyebabkan banjir setiap kali hujan lebat.

Diatas rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan masaalah banjir itu penduduk Kampung Mempelam telah menubuhkan AJK bertindak pada 2008.

Aduan demi aduan telah diajukan kepada MBAS setelah ADUNnya Datuk Paduka Ahmad Bashah langsung tidak memperdulikan serta bersikap lepas tangan terhadap masalah tersebut.

Menyedari keadaan diatas ADUN angkat,Dr Ismail dan Exco PBT pada masa itu,Yb Taulan Rasul telah dua kali turun kelapangan untuk melihat sendiri masalah tersebut.Hasilnya satu mesyuarat antara MBAS,Tesco,Teguh Harian sebagai pemaju dan AJK bertintdak Kampung Mempelam telah diadakan pasa September 2008.

Ekoran dari itu, Teguh Harian telah menimbun kawasan perkuburan tersebut.Walaubagaimanapun ianya tidak dapat disiapkan.


Sekali lagi AJK bertindak Kampung Mempelam turun naik tangga MBAS untuk memastikan projek penimbunan tanah itu dapat diselesaikan.

Dan akhirnya usaha mereka berbaloi kerana pada hari ini Teguh Harian menjalankan penimbunan tanah merah,setelah prasarana jalan raya disiapkan beberapa minggu lepas.

Turut hadir sama bersama Yb Dr Ismail ialah Pengerusi AJK bertindak En Jamaludin Saaibon,MKK Kampung Mempelam En Fauzi,beberapa orang MKK DUN Bakar Bata,Tuan Haji Adnan Saad dan beberapa orang penduduk Kampung Mempalam.

1 ulasan:

padi jantan berkata...

hehehe... adakah Dr. Iklas dalam menyelesaikan masalah kerana Allah ?
atau kerana niat menjatuhkan Hamba Allah ?

Sebagai seorang EXCO Negeri beragama Islam pula wajib bagi Dr. Ismail melaksanakan tugas itu, sekiranya Dr. Ismail tidak takbur dengan apa yang dinyatakan oleh Dr. Ismail ini maka dengan Rahmat Allah akan terbalas juga niat murni Dr. Ismail itu. Wallahuaqlam.