Isnin, 12 April 2010

Datuk Bashah menzalimi rakyat








Kezaliman Yahudi terhadap umat Islam di Palestin telah diketahui dunia.

Mereka membuat sekatan bahan makanan dan keperluan asas yang lain dari sampai kepada penduduk Palestin,mereka menghalau dan meroboh rumah orang Palestin,mereka menembak pejuang-pejuang Intifadah,mereka melancarkan roket ke rumah kediaman orang Palestin dan berbagai kezaliman lagi yang mereka lakukan.

Di malaysia perkara yang sama berlaku.Umno BN Terengganu telah melakar sejarah yang akan menjadi memori pahit umat Islam apabila bertindak meroboh Masjid Desa Makmur di Rancangan Tanah Berkelompok Kijal, Daerah Kemaman, Terengganu pada Mei 2005.

Sejarah itu berulang di Kedah.Umno yang mulai belajar menjadi pembangkang melalui Keda yang dipengerusikan oleh Timbalan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Bashah telah melakukan kezaliman yang sama.

Permohonan En Sobri Mohd Routin di Kampung Teluk Yan melalui JKKP dibawah Program Bantuan Rumah(PBR) untuk kategori rakyat termiskin telah diluluskan oleh Keda enam bulan yang lalu.

Setelah mendapat kelulusan tersebut,kontraktor yang bertanggungjawab untuk membina rumah tersebut mengarahkan En Sobri untuk merobohkan rumah yang beliau duduki untuk dibina rumah baru diatas tapak yang sama.

Akur dengan arahan itu beliau merobohkan rumah yang beliau duduki.







Setelah selesai, pihak kontraktor datang membawa batu bata untuk membina rumah tersebut tetapi di’tahan’oleh orang Datuk Bashah.

Sehingga hari ini telah lebih dari enam bulan En sobri bersama isteri dan tiga orang anaknya menumpang rumah saudara mara.

Yb Dr Ismail telah beberapa kali merayu kepada Datuk Bashah untuk meneruskan pembinaan itu.

“Takpe,nanti kita buatlah”.Itulah yang dijawab Datuk Bashah berulang kali.

Penafian Keda dan Datuk Bashah tidak membina rumah Keda adalah bermotifkan politik,kerana beliau mendakwa en Sobri adalah penyokong Pas.Begitu sempit pemikiran Umno Datuk Bashah yang sanggup berlaku zalim kepada orang yang tidak sealiran dengannya.

Mereka menganggap apa yang berlaku kepada En Sobri ini sebagai kisah lebai malang.Itulah tahap ‘keperihatinan’ Datuk Bashah kepada rakyat.

1 ulasan:

padi jantan berkata...

Yahudi yang telah mencucuk hidong kerajaan PAS Kedah. Dalam isu ini sekiranya Niat seseorang Hamba Allah beragama Islam dan sebagai Pegawai Tadbir Kerajaan Wajib bagi dirinya menyelesaikan masalah kerana Allah bukannya memberi tahu "Aku ini Hero".
hehehe... Akai Ada Ka ???....